Julai 07, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 09/04/2021

JEMPUTAN KE PROGRAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI LEMBU KEDAH-KELANTAN ELIT KEPADA PENTERNAK NEGERI MELAKA

Dimaklumkan MARDI akan mengadakan PROGRAM PEMINDAHAN TEKNOLOGI LEMBU KEDAH-KELANTAN ELIT yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 10 April 2021

Masa: 8.30 pagi

Tempat: Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Melaka


Program
Sila klik di sini untuk PROGRAM


Untuk makluman, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I telah mengadakan lawatan kerja ke MARDI Kemaman pada 7 Mac 2021 dan melancarkan Formulasi Makanan Ternakan Mengikut Peringkat Pengeluaran bagi Lembu Kedah Kelantan Elit dan Manual Teknologi Pengeluaran Lembu Pedaging Kedah Kelantan Elit. Hasil daripada perbincangan semasa lawatan YB Datuk Seri, MARDI akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Lembu Kedah-Kelantan Elit hasil Penyelidikan MARDI kepada penternak negeri Melaka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Malaysia Agricultural Research and Development Institute (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Jafni bin Johari Jiken
Tel: 016-980 5587

Nama: Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.