Jun 30, 2025 -Isnin

 
 
 

Jumaat 25/03/2022

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN MEDIA DI MAJLIS PELANCARAN PAKEJ MEKANISASI TANAMAN KUBIS TANAH RENDAH

Dimaklumkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mengadakan MAJLIS PELANCARAN PAKEJ MEKANISASI TANAMAN KUBIS TANAH RENDAH yang akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada ketetapan berikut :

Hari/Tarikh: Sabtu 26 Mac 2022

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Plot Tanaman Kubis Tanah Rendah, MARDI Kundang. Kundang. Selangor


Sila klik di sini untuk program

Pakej mekanisasi tanaman kubis tanah rendah yang dibangunkan ini adalah untuk menyokong pengeluaran tanaman kubis tanah rendah berskala besar bagi tujuan komersial. Pakej ini terdiri daripada mesin semaian biji benih, mesin pemasangan plastik sungkupan, mesin penaman kubis, mesin penyemburan berlengan, dron penyembur racun dan mesin penuaian kubis.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Nur Akmal binti Hassan
Tel: 019-455 3400

Nama: Pn Siti Aishah binti Mohd Shari
Tel: 012-621 1371

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.