Jun 29, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 15/06/2022

MTDC: Road2Growth 2022 Zon Selatan

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) ingin menjemput rakan-rakan media ke program Road2Growth di Zon Selatan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 20 Jun 2022

Masa: 9 pagi - 5 petang

Tempat: Medini 6, Medini Iskandar Malaysia, Iskandar Puteri, Johor


Aturcara

8.30 pagi : Pendaftaran peserta-peserta

9.00 pagi : Program bermula

9.30 pagi : Pendaftaran pihak Media

10.00 pagi: Lawatan ke tapak program

10.30 pagi: Sidang media Pengarah Teknologi Teroka MTDC, YBrs. Tuan Hj Mohammad Hazani Hj Hassan

Mengenai Program Road2Growth 2022 (R2G)

Program Road2Growth ialah sebuah platform yang diwujudkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana meneroka peluang pembangunan teknologi dan perniagaan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat teknologi ahli ekosistem MTDC. Program ini akan dijalankan di enam (6) buah bandaraya seluruh Malaysia dengan penekanan kepada industri 4.0 dan pendigitalan.

Daftar sekarang di http://www.mtdc.com.my/r2g2022 untuk menyertai program ini secara fizikal atau secara maya. Pendaftaran adalah percuma!

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber: Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGi:
Nama: Alvirah Mohd Natt
Naib Presiden, Corporate Communications
Tel: 017 212 2802
Emel: alvirah@mtdc.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.