Jun 27, 2025 -Jumaat

 
 
 

Khamis 15/09/2022

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL UDA USHANIAGA KELUARGA MALAYSIA @ PULAU PINANG

UDA peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus mempergiat aktiviti keusahawanan menerusi penganjuran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia @ Pulau Pinang yang berlangsung selama tiga hari (16 hingga 18 September 2022) itu yang menyasarkan penyertaan 100 usahawan dari pelbagai bidang seterusnya menggiatkan aktiviti keusahawanan serta sosioekonomi tempatan.

Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati ingin menjemput wakil-wakil media ke Majlis Pelancaran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia @ Pulau Pinang yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut:


Hari/Tarikh: Sabtu 17 September 2022

Masa: 10:00 pagi

Lokasi: Pusat Komersial Tasek Gelugor,
Pulau Pinang

Program:


Sila klik di sini untuk PROGRAM.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.


SUMBER: UDA Holdings Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama: Nisa Kamaruzaman
Tel: 013-597 4264

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.