Jun 26, 2025 -Khamis

 
 
 

Khamis 20/10/2022

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL UDA USHANIAGA KELUARGA MALAYSIA @ JOHOR

UDA peneraju pembangunan hartanah, pengurusan aset, fasiliti dan perhotelan yang juga agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus mempergiat aktiviti keusahawanan menerusi jelajah Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall, Johor.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari (21 hingga 23 Oktober 2022) itu menyasarkan penyertaan 133 usahawan dari pelbagai bidang seterusnya merancakkan kegiatan perniagaan serta sosioekonomi tempatan.

Sehubungan itu, UDA dengan berbesar hati ingin menjemput wakil-wakil media ke Majlis Pelancaran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia @ Johor yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu 22 Oktober 2022

Masa: 10:00 pagi

Tempat: Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, Johor

Sila klik di sini untuk e-jemputan dan atur cara


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.

SUMBER: UDA Holdings Berhad (UDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nor Hanisah Kamaruzaman (Nisa)
Tel: +6013 597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com

Nama: Haziq Radhwan
Tel: +6011 2412 0907
E-mel: haziq.radhwan@udanet.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.