Jun 24, 2025 -Selasa

 
 
 

Isnin 31/07/2023

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA PKNS DAN AGROBANK

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menjalin kerjasama dengan AGROBANK menerusi satu perjanjian persefahaman pembiayaan kepada usahawan - usahawan naungan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS.

Dokumen perjanjian akan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNS YBhg. Dato' Mahmud Abbas dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank YBhg. Dato' Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Sehubungan dengan itu, PKNS mengalu-alukan dan berbesar hati sekiranya rakan-rakan media dapat menghantar wakil media (wartawan & jurugambar) untuk membuat liputan ke Majlis Menandatangani MoU tersebut seperti berikut:

Hari/Tarikh: Rabu 2 Ogos 2023

Masa: 9.30 Pagi

Tempat: Dewan Aster, Tingkat 4, Blok A
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No.2, Jalan Indah 14/8
Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor


Program

9:30 Pagi : Ketibaan Jemputan & Media

9:50 Pagi : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank

9:55 Pagi : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS

10:00 Pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Oleh
YBhg. Dato' Mahmud Abbas
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS


: Ucapan Oleh
YBhg. Dato' Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank


: Majlis Menandatangani MOU

: Penyerahan Cenderamata

: Sidang Media

12:30 Tengah Hari : Tamat

Mohon kerjasama rakan-rakan media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi saya (Zurina Yahya) di talian 012-366 9953 atau 017-362 9976 (Safryliyah).

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENGESAHAN KEHADIRAN, SILA HUBUNGI:
Nama: Zurina Yahya
Tel: 012-366 9953

Nama: Safryliyah
Tel: 017-632 9976

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.