ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  VIABTC MEMILIKI SAHAM TERBESAR DALAM BSV MINING, MENYOKONG "PERTUKARAN SATU KLIK" DAN MENAWARKAN 0 KADAR DAN PERKONGSIAN GANJARAN BSV MINING

Friday 17/01/2020



SINGAPURA, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menurut CoinEx, BSV melonjak 321% dalam tempoh masa satu minggu. Pasaran itu menjangkakan bahawa BSV akan mengetuai trend pemisahan kepada separuh pada tahun 2020, dengan melonjakkan nilai bagi token-token lain yang terlibat dalam pemisahan kepada separuh itu.

Sehingga 15 Januari 2020, berdasarkan kepada data 15 Jan oleh miningpoolstats (https://miningpoolstats.stream/), BSV ViaBTC yang paling tinggi mencapai 717.52PH/s, iaitu mencakupi 54.8% daripada kadar hash iaitu ukuran bagi prestasi pelombong bagi keseluruhan rangkaian BSV, dan sejumlah 40,000 syiling BSV telah dilombong, menjadikannya kelompok perlombongan dengan kadar hash yang paling tinggi.

Menurut laman web rasmi ViaBTC, pulangan bagi setiap T adalah kira-kira 2.08 yuan/hari, angka paling tinggi adalah 106% lebih tinggi daripada kadar pulangan di BTC dan lebih tinggi kira-kira 59.2% berbanding pada BCH. ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV dengan hanya “Satu Klik”. Dalam satu bulan dari 15 Januari, pengguna boleh menikmati 0 kadar dalam perlombongan BSV; ViaBTC juga dijangka melancarkan aktiviti perkongsian ganjaran perlombongan BSV baru-baru ini.

Untuk butiran lanjut, sila beri perhatian kepada pengumuman rasmi ViaBTC yang terkini, Untuk butiran,  Klik di sini>>>

ViaBTC telah mengumumkan bahawa pengguna boleh menukar kadar hash BSV, BCH dan BTC itu dengan hanya “Satu Klik

Maklumat mengenai ViaBTC

Sebagai sebuah perlombongan mata wang digital yang komprehensif yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di seluruh dunia, ViaBTC telah disokong secara kewangan oleh Bitmain. Lebih-lebih lagi, Ketua Pegawai Eksekutif Yang Haipo secara bersendirian telah melengkapkan semua pergerakan dan pembangunan bagi perlombongan ViaBTC, dan mempelopori model pengedaran PPS + pendapatan; Sejak pelancaran mereka, perlombongan itu telah beroperasi secara normal untuk 99.99% daripada masa itu, dengan kadar blok orphan yang paling rendah. Prestasi hebat seperti itu telah menjadikan ViaBTC sebagai satu daripada 5 perlombongan utama di dunia. Setakat ini, kelompok perlombongan ViaBTC itu telah menyediakan perkhidmatan perlombongan mata wang digital yang profesional, cekap, selamat dan stabil kepada hampir satu juta pengguna di lebih 130 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan nilai pasaran bagi perlombongan terkumpul hingga berbilion dolar.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20200116005308/en/

Hubungi

Phneos Peng
Jabatan Perhubungan Awam ViaBTC
pengweijie@viabtc.com

Sumber : ViaBTC

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.