ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  AMARAN PENIPUAN PELABURAN PALSU DENGAN PENGGUNAAN TIDAK SAH NAMA DAN IMEJ PETRONAS DAN CEO

Friday 19/04/2024



KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- PETRONAS dimaklumkan mengenai penyalahgunaan yang terus tersebar menggunakan nama dan logo syarikat serta nama dan juga imej Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.
 
Kebanyakan penyebaran tersebut melibatkan penyalahgunaan perisian kecerdasan buatan (AI) dengan mengubah dan memanipulasi imej serta suara eksekutif tertinggi PETRONAS. Penyalahgunaan imej ini juga dilakukan menerusi akaun palsu pada aplikasi pemesejan dengan kandungan yang tidak benar.
 
Imej yang dimanipulasi tersebut tersebar di internet terutamanya di platform media sosial dan aplikasi pemesejan dengan menyampaikan mesej memanipulasi orang ramai untuk menyertai skim pelaburan palsu.
 
Laporan berkaitan penyalahgunaan ini sedang dibuat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut.
 
PETRONAS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan dapatkan maklumat sahih di saluran komunikasi rasmi PETRONAS.

Media Communications
Group Strategic Relations & Communications
PETRONAS
 
18 April 2024

Sumber: PETRONAS

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Muhamad Helmi Abd Majid
Executive, Media Communications 
Media Communications
Group Strategic Relations & Communications
Tel: + (603) 2392 3055 (DL) / (M): + (601) 4 228 0877 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.