ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA MINGGU EPIDEMIOLOGI 15 (07 APRIL 2024 - 13 APRIL 2024)

Friday 19/04/2024



KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pada Minggu Epidemiologi ke-15 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,698 kes berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat satu (1) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-15 tahun 2024. 

Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-15 adalah sebanyak 48,329 kes berbanding 33,325 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 35 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 21 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  

Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-15 adalah sebanyak 107 lokaliti berbanding 119 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 107 lokaliti yang dilaporkan, 87 lokaliti di Selangor, sembilan (9) lokaliti di WPKL & Putrajaya, empat (4) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti di Kedah, satu (1) lokaliti di Perak, satu (1) lokaliti di Negeri Sembilan, satu (1) lokaliti di Johor, satu (1) lokaliti di Sarawak dan satu (1) lokaliti di Sabah. 

Bagi survelan chikungunya, terdapat dua (2) kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-15. Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes. Terdapat satu (1) wabak Chikungunya masih aktif pada ME15/2024. Bagi survelan zika, sebanyak 740 sampel darah dan empat (4) sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri, aktiviti kunjung mengunjung dan rumah terbuka merupakan tradisi yang diamalkan di Malaysia bagi mengeratkan perpaduan dan silaturahim. Peningkatan pergerakan disebabkan aktiviti ini akan meningkatkan risiko jangkitan terutama di lokaliti yang mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi apabila terdapat banyak tempat pembiakan di persekitaran. Risiko jangkitan akan terus meningkat jika terdapat kes-kes aktif demam denggi di lokaliti tersebut. Layari laman sesawang iDengue (https://idengue.mysa.gov.my) bagi mendapatkan status kejadian kes deman denggi, wabak serta hotspot di lokaliti kediaman anda serta lokaliti yang dilawati. Amalkan langkah-langkah pencegahan gigitan nyamuk dengan menggunakan bahan penghalau nyamuk (repelan) dan menutup anggota badan yang terdedah seperti memakai baju lengan panjang dan seluar panjang terutama apabila berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

Rujukan Gambarajah
 
DATUK DR. MUHAMMAD RADZI BIN ABU HASSAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN
19 APRIL 2024 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Tel : +603-8883 3470
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.