ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 03, 2024 -Jumaat

 
  PESTA FILEM ANTARABANGSA JEONJU YANG KE-25 BERMULA PADA 1 MEI DI JEONJU, KOREA

Friday 19/04/2024



Table
Pesta Filem Antarabangsa Jeonju yang ke-25 akan diadakan di Jeonju. (Foto: BANDAR JEONJU)

Pesta itu menawarkan tayangan yang diperluas, pameran khas dan pertunjukan dari 1 hingga 10 Mei.

JEONJU, Korea Selatan, 19 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada bulan Mei ini, Pesta Filem Antarabangsa Jeonju yang ke-25 akan berlangsung di Jeonju, bandar paling menitikberatkan nilai kehidupan Korea. Pesta itu akan menayangkan 232 filem bebas, pendek dan alternatif dari 43 negara.

BANDAR JEONJU (Datuk Bandar Woo Beom-ki) mengumumkan bahawa Pesta Filem Antarabangsa Jeonju, acara tradisi tahunan yang digemari di Jeonju, destinasi pelancongan utama Asia diraikan kerana memiliki kekayaan dari segi sejarah dan gastronomi, bakal mempersembahkan atur cara yang dipertingkat bagi tahun ini bertujuan menyambut ulang tahun yang ke-25 pesta tersebut.

Meraikan ulang tahun yang ke-25, Pesta Filem Antarabangsa Jeonju itu menghayati tema "Di Luar Bingkai (Beyond the Frame).” Slogan ini menggambarkan komitmen pesta tersebut untuk menganjak sempadan dan meneroka jalan baharu. Menyusun atur cara, tempat dan acara yang pelbagai, pesta itu memupuk rangkaian antara pembuat filem bebas dan industri filem tempatan. Acara itu juga mendukung semangat penerokaan dan inovasi yang unik.

Bakal dilangsungkan dari 1 hingga 10 Mei, Pesta Filem Antarabangsa Jeonju dibuka dengan filem "All the Long Nights" (2024) oleh Miyake Sho dan diakhiri dengan filem "Matt and Mara" (2024) oleh Kazik Radwanski. Sepanjang pesta itu, sebanyak 232 filem akan ditayangkan, termasuk 162 filem cereka dan 70 filem pendek, semuanya dipilih melalui proses yang berdaya saing. Pemilihan ini menawarkan 10 filem bagi setiap pertandingan pada peringkat antarabangsa, peringkat Korea dan kategori khas untuk filem bebas halangan.

Pameran khas yang bertajuk "See Again: 25+50" dianjurkan bersama Arkib Filem Korea, meraikan ulang tahun yang ke-50, merupakan acara kemuncak tahun ini. Pameran ini mempamerkan karya awal pengarah Korea yang terkenal seperti Ryu Seung-wan, Bong Joon-ho, Jeong Ji-woo dan Hong Sang-soo, bersama filem Korea klasik yang dibaik pulih menggunakan teknologi digital terkini, termasuk filem "The Widow" (1955) oleh pengarah perintis wanita Korea, Park Nam-ok dan filem "Mist" (1967) oleh Kim Su-yong.

Untuk menyambut ulang tahun ke-10 pameran istimewa pesta itu, "'100 Filem 100 Poster (100 Films 100 Posters),'" pameran khas Pixar yang dicipta bersama Disney akan dipersembahkan.

Pelbagai acara sampingan yang menarik, seperti pameran arkib filem, akan diadakan di tempat pelancongan utama Jeonju.

"Pesta Filem Antarabangsa Jeonju telah menjadi acara kebudayaan asas di Asia,” ujar Woo Beom-ki, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Filem. "Kami menyasar untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri filem global, mengukuhkan lagi kedudukan Jeonju sebagai pemain utama dalam perfileman antarabangsa.”

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53935450/en
 

Individu untuk Dihubungi

BANDAR JEONJU
Ho-jin Park
+82-63-281-2226
mirano10@korea.kr
 
Sumber: BANDAR JEONJU 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.